Friday, February 15, 2008

Kenapa sayap Jibrail patah???


Suatu malam yang hening Rasullullah saw dan Siti Aisyah ra sedang duduk berehat sambil memandang ke langit di tanah arab yang di litupi oleh berjuta-juta bintang yang berkelipan (langit ditanah arab xdilitupi awan spt di malaysia yang dpt menghalang kite dr melihat kesemua bintang2 dilangit). Saujana mata memandang byknya. Kemudian Rasulullah saw pun memberitahu kepada Siti Aisyah ra bahawa pahala dan amal kebajikan Saidina Umar ra adalah sebyak2 bintang yang terdapat dilangit pada ketika itu. Kemudian Siti Aisyah ra pun menangis terisak-isak. Baginda Rasulullah pun kehairanan dan bertanya kenapa Siti Aisyah ra menangis. Beliau pun sedih dan bertanya bagaimana pula dengan amalan kebajikan ayahandanya Saidina Abu Bakar ra. Bagaimanakah pula pahala ayahandanya disisi ALLAH.

Rasulullah pun menceritakan kepada Siti Aisyah ra akan cerita yang telah disampaikan oleh Jibrail tentang ganjaran Saidina Abu Bakar di Jannah kelak yang diberikan oleh ALLAH. Pada suatu hari Jibrail meminta keizinan drp ALLAH swt untuk melihat mahligai milik Saidina Abu Bakar di Syurga kelak. Untuk pengetahuan kwn2, jika Jibrail melebarkan sayap kanannya maka akan tertutup la disebelah timur dunia ini,dan jika dilebarkan sayap kirinya maka tertutuplah sebelah barat. Laju setiap tebaran sayapnya adalah melebihi kelajuan cahaya.(Subhanallah). Maka Jibrail pun terbang la untuk melihat sendiri mahligai ganjaran ALLAH kepada Saidina Abu Bakar ra. Terbang punya terbang, Jibrail pun letih, dan beliau pun bertanya kepada ALLAH dimanakah kedudukan beliau dalam mahligai Abu Bakar ra, maka ALLAH pun memberitahu bahawa beliau belum lagi masuk kedalam mahligai Abu Bakar ra. Jibrail pun terbang la lagi sampai lah kedua-dua sayap beliau pun patah,kemudian bertanya lagi beliau kepada ALLAH dan jawapan dari ALLAH tetap sama, perjalanan Jibrail masih lagi jauh. Wahai kawan2 bayangkan sampai patah sayap Jibrail yang sekali tebar jer dah sampai kelangit ALLAH (Masyaallah). Jibrail ra pun dikurniakan ALLAH dengan sepasang sayap yang baru, dan beliau pun meneruskan perjalannya. Sepanjang perjalanan Jibrail bertanyakan ALLAH akan kedudukannya didalam mahligai Abu Bakar itu sehingga dah beberapa kali patah lah jgk sayapnya (exact bilangan saya dh lupe),bayangkanlah kawan2. Maka Jibrail pun surrender dan memberitahu ALLAH bahawa beliau dah xlarat lagi untuk meneruskan perjalannya. Dan bertanya buat terakhir kalinya, 'wahai ALLAH dimanakah kedudukan ku didalam mahligai Abu Bakar ini". ALLAH pun menjawab bahawa Jibrail baru jer masuk ke portio/beranda mahligai itu. Bukan main terkejut dan takjub la Jibrail akan kehebatan Saidina Abu Bakar sehingga ALLAH mengurniakan mahligai sebesar itu.

Siti Aisyah pun menangis kegembiraan sebaik sahaja mendengar berita gembira itu akan ganjaran ALLAH terhadap ayahandanya. Beliau pun menceritakan kepada ayahandanya dan jawab Abu Bakar ra, alhamdulillah dan akan kusedekahkan kepada saudara Islam ku. Kerana ALLAH akan mengandakan setiap amalan sedekah kita sebyk 10kali ganda,maka diakhirat kelak mahligai Abu Bakar akan menjadi 10kali ganda lebih besar drp y asal.

Bayangkan buku amalan Abu Bakar masih lagi tecatit amal kebajikan sampai sekarang, pahala setiap orang yang menganut Islam juga akan tercatit didalam buku catatan beliau. Kerana beliau antara org yang pertama dan terawal menganut Islam dan menyebarkan dakwah dan syiar Islam. Samalah jika Ilmu yang kita kongsi dengan kawan2 dan sesiapa sahaja,kita akan mendapat ganjaran pahala selagi Ilmu itu digunakan hatta sampai hari kiamat pun.

So kawan2 kita hidup saling gantung bergantungan sesama kita, jadi sama2 la kiter share2 nota2 lecturer or ape sajer Ilmu yang berguna dengan semua. Anggaplah bahawa perkongsian Ilmu satu pelaburan yang amat besar untuk kita diakhirat kelak. Moga-moga buku amalan kita pun akan tercatit kebajikan sehingga la akhirat kelak asbab ilmu y kita kongsi. INSYAALLAH. Semua Ilmu y baik hanya dtg dr ALLAH,n kesilapan dan buruk hanya dr saya.Wassalam.

No comments:

Post a Comment